Hari pertempuran Pertempuran_Daumat_al-Jandal

Setibanya Khalid di Daumatul Jandal, beliau membahagikan tenteranya kepada dua pasukan di mana pasukan Iyadh berada di timur, utara dan barat bandar Daumatul Jandal manakala tentera Khalid sendiri berada di bahagian selatan iaitu di bahagian belakang bandar Daumatul Jandal.

Berbanding dengan taktik serang-lari-serang di dalam kempen menyebarkan Islam di Parsi, Khalid kali ini mengambil strategi dengan bertahan. Setelah bosan melihat tentera Islam tidak menggerakkan tenteranya, Judi ibn Rabiah melancarkan serangan ke atas Khalid dan Iyadh dengan membahagikan pasukannya kepada dua bahagian di mana pasukan yang terkuat yang diketuai oleh beliau sendiri digunakan untuk menyerang Khalid sementara yang lain dipimpin oleh Ukaidar bin Abdul Malik menyerang tentera Iyadh.

Setelah pasukan pemberontak murtad melancarkan serangannya, keseluruhan tentera Islam yang sedang mengepung bandar itu melancarkan serangan dari arah yang bertentangan menyebabkan pasukan pemberontak murtad tersepit seterusnya memaksa mereka berundur ke dalam bandar. Namun sebahagian tentera Islam pimpinan Iyadh berjaya mengawal pintu masuk ke bandar tersebut menyebabkan hampir kesemua pasukan pemberontak pimpinan Judi tewas dan beliau sendiri dibunuh.

Selepas pertempuran ini, bandar ini berjaya dikuasai semula oleh tentera Islam.